
Port padu makanan western yang murah dan berbaloi
The Boy Cakehouse, Kedai Hidden Western Di Kubah Ria Buat Warga Kuching. Jika anda mencari tempat makan yang menyajikan makanan barat yang sedap dan berpatutan, anda perlu cuba The Boy Cakehouse di Kubah Ria, Jalan Satok. Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan menu yang pasti memuaskan selera anda.
Salah satu menu yang wajib dicuba ialah homemade meatball, yang dibuat sendiri dari daging yang dikisar, bukan dari produk segera. Meatball ini lembut dan juicy, disajikan dengan kuah blackpepper homemade yang pekat.
Menu grill chicken chop mereka juga antara menu best seller di sini!

Grill chicken chop disini dimasak dengan sempurna dilapisi dengan kuah lada hitam yang krimi dan enak. Hidangan ini disertakan dengan coleslaw dan curly fries. Difahamkan, rata-rata pelanggan akan memesan menu signature mereka ini.
Menerusi review di Facebook, pelanggan yang datang ke sini juga berpuas hati dengan saiz porsi mereka yang besar dengan harga yang berpatutan.
Bagi penggemar pasta, anda wajib cuba pasta series yang ditawarkan di sini! Anda boleh memilih antara aglio olio pasta, carbonara pasta dan bolognese pasta.

Menariknya kesemua hidangan pasta series mereka dihidangkan sekali bersama kepingan ayam yang digril dan disaluti sos lada hitam.
Dah datang sini, jangan lupa juga pesan sekali air mereka!
Boleh dikatakan air yang dibuat barista disini hasilnya persis se-level kafe-kafe hipster. Dari review pelanggan juga, rata-rata memuji rasa dan harga air mereka yang berbaloi!
Lokasi: Kubah Ria, Jalan Satok
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam
