Threads memperkenalkan logo dan tanda kata baharu (Wordmark) selepas hampir 3 tahun dilancarkan sebagai projek sampingan Instagram. Kini ia memasuki era baharu sebagai jenama berdiri sendiri. Ini bermakna Threads hadir dengan identiti yang lebih berbeza daripada Instagram serta menekankan konsep memberikan yang terbaik dalam perbualan komuniti.

Ketua Reka Bentuk, Chris Clare Design menjelaskan setiap konsep baharu yang digunakan dalam kedua-dua perubahan tersebut. Tanda kata baharu menggunakan gaya penulisan huruf miring ke kanan (italic) kerana melambangkan semangat untuk kehadapan selari dengan konsep perbualan pantas di Threads. Hal ini juga membezakan identitinya daripada Instagram yang lebih berfokus pada perkongsian imej dan video. Reka bentuk huruf turut mempunyai hujung bersudut dan potongan bersegi yang diinspirasikan daripada elemen penanda (highlighter) yang telah digunakan sejak setahun lalu
Menurut beliau lagi, logo lama banyak dipengaruhi oleh Instagram Sans dan kelihatan statik. Logo baharu kini lebih tebal untuk memberikan sokongan imej lebih baik serta mampu berdiri sendiri bersebelahan ikon aplikasi lain. Logo ini turut dilukis dengan satu garisan berterusan yang menekankan elemen seakan tulisan tangan sekali gus melambangkan perbualan di Threads yang tidak pernah berhenti.





