Tiada ‘Abang Long’, PN dan BN mesti runding sebagai rakan setara – Ahmad Samsuri

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 10:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebarang rundingan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan kedua-dua gabungan pada kedudukan setara, kata Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Image from: Tiada ‘Abang Long’, PN dan BN mesti runding sebagai rakan setara – Ahmad Samsuri

Memetik laporan Sinar Harian, beliau berkata, muafakat hanya dapat dibina apabila kedua-dua pihak saling menghormati, mengambil kira pandangan masing-masing dan bersedia bertolak ansur. Menurutnya, sikap berjiwa besar perlu ditunjukkan oleh kedua-dua pihak dalam rundingan itu.

“Tidak ada ‘Abang Long’. Awal-awal lagi saya pernah sebut kepada rakan-rakan yang kita runding, tidak ada istilah ‘Abang Long’ dalam perbincangan dan perundingan. Barulah kita duduk sebagai rakan yang setara untuk berbincang.
“Jangan minta kita sahaja dalam PN untuk berjiwa besar. Pihak satu lagi pun perlulah berjiwa besar,” katanya.

Menteri Besar Terengganu itu berkata demikian ketika berucap pada Sambutan 70 Tahun PAS Kawasan Dungun dan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0) pada malam Khamis.

Dalam ucapan sama, Ahmad Samsuri menekankan bahawa prinsip yang dipersetujui dalam kerjasama politik perlu digunakan secara konsisten. Beliau mengibaratkan tindakan mengubah syarat pada saat akhir seperti menukar peraturan bola sepak ketika perlawanan sedang berlangsung.

“Kalau kita bermain bola, dah pakai jersi hendak main bola. Bila dia tengok pasukan kita itu main hebat, tiba-tiba ubah undang-undang pertandingan.
“Tak kena dan tak aci kita hendak main ubah-ubah pada saat akhir.
“Undang-undang di negeri Melaka, kita gunakan undang-undang itulah juga, prinsip itulah juga di tempat-tempat yang lain. Itulah asas kebersamaan,” tambahnya lagi.

Ucapan itu menyusuli kemenangan hasil kerjasama BN dan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November 2026. Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut selepas kejayaan di Johor pada Julai dan Negeri Sembilan pada Ogos tahun sama.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved