'Tiada halangan siasat RCI Tabung Haji di luar tempoh 2014-2020' – Anwar

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 1:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Tiada halangan siasat RCI Tabung Haji di luar tempoh 2014-2020' – Anwar
Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 "Malaysia MADANI: Mengapai Di Langit, Mengadap Di Bumi” Bersama Wakil Kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaan di Kementerian Kewangan, pada Selasa. Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Siasatan dan tindakan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terikat bagi tahun 2014 hingga 2020 sahaja, sebaliknya melangkaui sebelum dan selepas tempoh ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada halangan untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan melangkaui garis masa dalam laporan berkenaan.

"Bukan cadangan, memang sekarang ini semua tindakan dan kajian melangkaui RCI.

"RCI sebagai induk, tiada halangan untuk kaji sebelum dan selepas, ini akan dilakukan oleh badan penguatkuasaan dan penyiasatan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Libat Urus Belanjawan 2027, di sini pada Selasa.

Sebelum ini RCI TH yang laporan penuhnya didedahkan kepada umum pada Julai 2026 dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat, minggu lalu,

Ketika perbahasan, beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan RCI baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi TH.

Antaranya Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang mencadangkan RCI baharu dibuat bagi tempoh 2021 hingga 2025 kerana siasatan sedia ada hanya meliputi 2014 hingga 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji

'Boikot perbahasan RCI Tabung Haji bercanggah semangat titah Agong' - Sheikh Umar

Pulau sidang RCI TH penghinaan terhadap amanah rakyat, umat Islam – AMK

Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menahan tujuh individu, antaranya empat bekas pengurusan kanan TH bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan RCI TH.

Antara suspek ditahan termasuk seorang wanita terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH berusia antara 50an hingga 60an.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved