Tiada istilah ‘abang long’ dalam rundingan politik pn-bn

Politics
20 Nov 2026 • 10:21 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada istilah ‘abang long’ dalam rundingan politik pn-bn

DUNGUN: Perikatan Nasional (PN) mengambil pendekatan secara berhemah dan saling menghormati parti itu dengan Barisan Nasional (BN) dan menolak dakwaan wujud sikap ‘abang long’ antara kedua-duanya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kedua-dua pihak perlu duduk sebagai rakan setara dan saling menghormati serta mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Tidak ada abang long. Awal-awal lagi saya pernah sebut kepada rakan-rakan yang kita runding, tidak ada istilah abang long dalam perbincangan dan perundingan. Barulah kita duduk sebagai rakan yang setara untuk berbincang,” katanya ketika berucap pada Sambutan 70 Tahun PAS Kawasan Dungun dan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0) di sini, malam tadi.

Ahmad Samsuri berkata, pengalaman kerjasama politik di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka juga menunjukkan kepentingan semua pihak untuk berjiwa besar bagi membolehkan muafakat politik dibentuk.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kedua-dua pihak mengambil pendekatan ‘berjiwa besar’ serta sikap berlapang dada sebagai komitmen masing-masing dalam mencari titik persamaan.

Ahmad Samsuri turut menegaskan bahawa sebarang prinsip dan peraturan dalam rundingan perlu dilaksanakan secara konsisten serta tidak berubah mengikut kepentingan pihak tertentu.

Ahmad Samsuri turut mengingatkan hasrat untuk menjadi calon pilihan raya bukanlah matlamat utama seseorang menyertai parti politik, sebaliknya kepentingan perjuangan dan matlamat yang lebih besar perlu diutamakan.

“Kerana menjadi calon di mana-mana kerusi bukan menjadi objektif menyertai parti politik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya mengetepikan kepentingan peribadi, termasuk kedudukan dan peluang menjadi calon, demi memastikan kerjasama politik dapat dibentuk atas semangat muafakat dan kepentingan bersama.-UTUSAN

The post Tiada istilah ‘abang long’ dalam rundingan politik pn-bn appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved