Tiada kejadian lelaki bersenjata masuk Semporna, Lahad Datu - Polis

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 12:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada kejadian lelaki bersenjata masuk Semporna, Lahad Datu - Polis
Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos.

KUALA LUMPUR - Tiada kejadian sekumpulan lelaki bersenjata masuk ke Semporna dan Lahad Datu, Sabah seperti didakwa dalam hantaran yang tular di media sosial, kata Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos.

Beliau berkata, situasi keselamatan di kedua-dua kawasan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan tersebut.

"Hantaran yang tular itu tidak benar dan kita ambil maklum berhubung gambar yang dimuat naik di media sosial... setakat ini, keadaan masih terkawal dan pemantauan kita berterusan bagi mengesan sebarang ancaman atau aktiviti mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk serta kawasan perairan Sabah Timur,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Victor berkata, ESSCOM sentiasa menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan khususnya di perairan serta lokasi strategik dalam Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Beliau juga berkata, sebarang maklumat berkaitan ancaman keselamatan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan pengesahan lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved