Tiada keperluan tergesa-gesa putuskan peletakan jawatan Anthony Loke - Anwar

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada keperluan tergesa-gesa putuskan peletakan jawatan Anthony Loke - Anwar
Anwar melambai ke arah orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk membuat keputusan tergesa-gesa berhubung peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menerima surat peletakan jawatan dalam Kabinet daripada Setiausaha Agung DAP itu, namun memerlukan masa untuk menelitinya.

"Saya sudah menerima surat dan beliau (Anthony) kata berkuat kuasa serta-merta. Tentunya saya akan ambil masa untuk meneliti dan tidak ada keperluan untuk kita tergesa-gesa.

"Beri tempoh untuk saya bincang dan meneliti semula. Saya belum menerima peletakan jawatan (Anthony)," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields di sini pada Jumaat.

Selasa lalu, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi satu kenyataan beliau menjelaskan, keputusan itu diambil selepas Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediamannya untuk menjalani perintah tahanan rumah, selaras pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan isu tahanan bekas Perdana Menteri itu.

Sementara itu Anwar memaklumkan, Mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah meskipun suhu politik negara dilihat sedang panas ketika ini.

Beliau turut menyifatkan suhu politik yang 'turun naik' adalah perkara biasa terutama ketika musim pilihan raya, namun tidak menjadi sebab untuk Jemaah Menteri mengetepikan isu negara dan rakyat.

"Bila ada pilihan raya, suhunya naik sekejap, kemudian turun balik tapi dalam mesyuarat tadi biasa sahaja, saya tidak kesan apa-apa masalah selain ketidakhadiran Menteri Pengangkutan (Anthony) yang sudah meletak jawatan.

"Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kedua-dua TPM (Timbalan Perdana Menteri) hadir, menteri-menteri (lain) hadir dan perbincangan kita fokus mengenai pembangunan dan kemudahan rakyat," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved