Tiada petunjuk cip AI berkaitan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia - PM

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 3:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada petunjuk cip AI berkaitan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia - PM
Anwar menyantuni salah seorang jemaah ketika tiba bagi menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tiada sebarang petunjuk tentang perkara itu,” kata beliau kepada pemberita hari ini apabila ditanya sama ada terdapat bukti cip tersebut dieksport keluar dari negara ini.

Anwar turut berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah memberikan laporan mengenai perkara itu pagi tadi.

"Kami akan bekerjasama dengan semua agensi yang terlibat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah di Brickfields pada Jumaat.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved