
Astro kini memaklumkan para pelanggan mereka, yang mana berkuat-kuasa 1 Mac 2026 kelak, sejumlah saluran HBO tidak lagi akan ditawarkan melalui langganan Astro. Ini termasuk saluran HBO HD, Cinemax HD, HBO Family dan juga HBO Hits.
Langkah ini dilihat diambil dalam usaha untuk memfokuskan pengguna terhadap aplikasi HBO Max. Pelanggan Astro boleh melanggan aplikasi penstriman HBO Max melalui bil Astro mereka, pada harga bermula RM24.90 sebulan – sekaligus membolehkan pelanggan terus menikmati kandungan HBO.

Astro mengatakan, sebagai ganti untuk saluran berkenaan, mereka akan menambah 4 saluran baharu, iaitu Astro Showtime, Rock X Stream, Rock Action dan juga Astro FAM Time. Tiga saluran berkenaan akan ditawarkan bermula 1 Mac 2026 untuk pelanggan yang melanggan pek Movies & Astro One Epic, sementara saluran Astro FAM Time bermula 1 April 2026 kelak.



