Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

10 Sep 2024 • 10:06 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri. 

Selesa sebagai sahabat

Sebaliknya, menurut Rossa, anaknya lebih selesa sekiranya dia dan Yoyo mengekalkan hubungan sebagai sahabat. 

“Saya secara peribadi tak ada (cinta), tapi hanya keluarga.

“Rizky juga tidak memaksa kami kembali. Hubungan kami lebih baik sekarang. Saya dan Yoyo seperti abang dan adik. Kami sekarang harmoni sebatas keluarga,”katanya ditemui pada sidang media All Access to Rossa 25 Shining Years di Pavillion pada Isnin. 

Selain itu, tambah penyanyi lagu Tegar dan Atas Nama Cinta ini lagi, mendedahkan, Yoyo adalah individu terakhir yang menyertai filem dokumentari itu. 

“Yoyo mengambil masa beberapa hari bersetuju untuk mendedahkan kisah peribadi kami dalam dokumentari ini. 

“Dan kenapa kisah ini baru didedahkan sekarang adalah kerana ia tidak lagi akan merugikan mana-mana pihak. 

“Kami berdua sudah bertenang dan saya juga mahu memastikan Rizky bersedia untuk berkongsi perasaan mengenai perceraian kami,”ujarnya. 

Bagaimanapun, menurut Rossa, tidak semua kisah peribadi dan perceraiannya didedahkan di dalam filem dokumentari ini kerana lebih mahu memfokus kepada perjalanan kerjaya seninya sepanjang tempoh 25 tahun ini .

Sekadar info, filem dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 18 Oktober 2024.

Untuk rekod, Rossa dan Yoyo mendirikan rumah tangga pada 2004 namun ikatan pernikahan mereka hanya mampu bertahan selama lima tahun. 

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadan yang kini berusia 18 tahun.