“Ancaman Bun*h Sampai Cari Di Rumah” – Peguam Tegas Netizen, Selebriti & Pempengaruh Fitnah Shah Seksa & Bunuh Rocky Bakal Diambil Tindakan

13 Aug 2026 • 12:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pihak peguam yang mewakili individu dikenali sebagai Shah tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi membabitkan kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky yang hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut peguam Rafique Rashid,  keadaan dilihat semakin serius apabila Shah dan keluarganya didakwa menerima ancaman bunuh, termasuk terdapat individu yang dikatakan cuba mencari mereka di kediaman keluarga.

Advertisement

Difahamkan, keselamatan keluarga Shah kini mendapat perhatian pihak berkuasa susulan ancaman yang diterima.

Peguam turut menyifatkan tindakan menjatuhkan ‘hukuman’ terhadap seseorang hanya berdasarkan rakaman video berdurasi beberapa saat sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Malah, selebriti, artis dan pempengaruh juga diingatkan supaya lebih berhati-hati sebelum membuat atau menyebarkan sebarang dakwaan kepada khalayak ramai.

Dakwaan Seksa Dan Bunuh Rocky Akan Diambil Tindakan

Dalam masa sama, pihak peguam dan aktivis, Firdaus Wong menegaskan dakwaan bahawa anak guam mereka telah menyeksa dan membunuh Rocky adalah satu perkara serius.

Menurut mereka, hantaran serta kenyataan orang ramai termasuk daripada pempengaruh yang didakwa menyebarkan tuduhan berkenaan sedang didokumentasikan bagi tujuan tindakan undang-undang.

Pihak berkenaan turut menegaskan kontroversi tersebut tidak seharusnya dijadikan isu perkauman atau agama.

Dalam sidang media sama, pendakwah Firdaus Wong mendakwa terdapat individu bukan Islam yang pernah tampil mendapatkan bantuan apabila keluarga mereka diganggu, termasuk mendakwa anjing peliharaan mereka dibunuh.

Dalam perkembangan sama, pihak terbabit turut berharap isu ini membuka ruang kepada kerajaan untuk menambah baik sistem pengurusan haiwan terbiar secara menyeluruh, bukan sekadar tertumpu kepada satu-satu insiden.

Pada masa ini, pihak berkuasa tempatan mempunyai garis panduan berkaitan penangkapan dan pelupusan anjing terbiar, manakala aspek kebajikan haiwan turut tertakluk kepada Akta Kebajikan Haiwan 2015. Kerajaan sebelum ini turut menyatakan pendekatan seperti Trap, Neuter and Release (TNR) antara kaedah yang boleh digunakan dalam pengurusan populasi anjing terbiar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

makcik taktahu2026-08-13 11:06:29

“Nama Unik Ni Satu Je Dalam Malaysia” – Warga Emas Dikenali Sebagai Entah Binti Ta’tahu Curi Perhatian

The post “Ancaman Bun*h Sampai Cari Di Rumah” – Peguam Tegas Netizen, Selebriti & Pempengaruh Fitnah Shah Seksa & Bunuh Rocky Bakal Diambil Tindakan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved