Tular Tulisan Cina Di Bukit ‘IPOH’, Majlis Bandaraya Ipoh Beri Penjelasan

LocalTechnology
23 Jul 2026 • 10:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan dakwaan bahawa tulisan bahasa Cina telah dipasang bersama perkataan ikonik “IPOH” di atas bukit berhampiran Jalan Kuala Kangsar.

Menurut laporan Bernama, MBI mengesahkan bahawa imej yang tular di media sosial itu adalah palsu dan telah dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) atau kaedah suntingan digital.

Advertisement

Gambar berkenaan mula mendapat perhatian selepas dimuat naik dalam kumpulan Facebook “Manjoi Manjoi Ajerr”.

signboard IPOH

MBI menegaskan, sebarang imej yang menunjukkan tulisan lain dipasang bersama perkataan IPOH di lokasi tersebut adalah tidak benar, mengelirukan dan tidak menggambarkan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, MBI menjelaskan bahawa tulisan IPOH yang asal telah diturunkan pada 15 Julai lalu bagi menjalani kerja-kerja baik pulih serta pemeriksaan menyeluruh terhadap struktur dan keadaan fizikalnya.

Proses pemasangan semula papan tanda ikonik tersebut dijangka dilakukan secara berperingkat antara 4 hingga 6 Ogos ini, bergantung kepada keadaan cuaca dan kelancaran kerja di tapak.

MBI menyifatkan penyebaran imej yang telah dimanipulasi itu sebagai tindakan tidak bertanggungjawab kerana boleh menimbulkan keresahan, kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat.

MBI

Tindakan berkenaan juga berpotensi menjejaskan imej, keharmonian serta reputasi Bandaraya Ipoh.

Pihak majlis turut memandang serius penyalahgunaan teknologi AI untuk menghasilkan kandungan palsu yang boleh mencetuskan persepsi negatif dan kebencian awam.

Susulan itu, MBI sedang meneliti insiden berkenaan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam penghasilan serta penyebaran kandungan palsu tersebut.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai, mengulas atau berkongsi sebarang maklumat yang belum disahkan kesahihannya. –BERNAMA

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Tular Tulisan Cina Di Bukit ‘IPOH’, Majlis Bandaraya Ipoh Beri Penjelasan2026-07-21 13:18:50

"Saya Mahu Menantu Anak Raja, Ada Reputasi Terpuji" - Tunku Azizah Akui Ada Calon Menantu Pilihan Buat Tengku Hassanal

The post Tular Tulisan Cina Di Bukit ‘IPOH’, Majlis Bandaraya Ipoh Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved