Tiada masalah, Mamat Sepah minta maaf ke Syamsul Debat -“Popular pula kita hari ini”

EntertainmentLifestyle
23 May 2025 • 8:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mamat Sepah minta maaf ke Syamsul Debat walaupun antara mereka sebenarnya tiada masalah walaupun video cuplikan dari Dol’s Podcast tular sejak beberapa hari kebelakangan ini.

image is not available

Mamat Sepah minta maaf ke Syamsul Debat

Menerusi hantaran tangkapan layar di Insta Story Mamat Sepah, dia telah tampil memohon maaf kepada penceramah tersebut dan membuktikan antara mereka tiada sebarang masalah.

“Salam ustaz. Saya minta maaf ye dekat ustaz, disebabkan saya, viral pula isu ustaz dengan saya di media sosial. Lagi sekali saya minta maaf sangat-sangat,” tulisnya dalam hantaran di platform WhatsApp.

image is not available

Mamat Sepah minta maaf, tiada sebarang masalah pun

Permohonan maaf itu dibalas oleh penceramah terbabit dengan mengatakan perkara tersbeut bukanlah satu masalah besar dan tidak ada-apa pun antara mereka.

Jelasnya, mungkin ia sengaja diperbesarkan dan menyatakan tiada sebarang isu pun terjadi sewaktu mereka berborak di dalam podcast tersebut.

“Tak adalah, Bukan apa pun. Diorang saja nak heboh-hebohkan. Kita ni borak hari itu okay saja,” tulisnya.

image is not available

Hantaran Insta Story itu sedikit sebanyak dapat menjawab perdebatan netizen di media sosial yang mengecam Mamat atau nama sebenarnya, Mohd. Noor Murad, 40, yang didakwa memotong perbicaraan penceramah tersebut sehingga ditegur terus secara langsung.

Ramai mengatakan tindakan Mamat itu tidak wajar dan berpuas hati kerana akhirnya ada pihak berani menegur memandangkan ia kerap terjadi dalam beberapa rakaman podcast yang disiarkan di saluran YouTube itu.

Sumber: Instagram mamatsepah