“Tiada niat langsung dalam hati” – Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Isu Lawak ‘Kotor’

EntertainmentLifestyle
9 Feb 2026 • 1:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pelawak Lan Pet Pet menjadi tumpuan netizen sejak hujung minggu lalu susulan dengan tindakan dan kenyataannya yang dianggap tidak sensitif terhadap pelakon Fazura.

Lawak yang berbaur lucah itu dibuat menerusi satu video mengenai pelakon Gol & Gincu itu apabila ditanya mengenai hal perkahwinan baharu.

Artikel berkaitan: “Siapa lagi mahu bersuara kalau bukan saya”- Fazura Kecewa Fatima Dikutuk Hingga Dipanggil Dengan Nama Bukan-Bukan

Menurut netizen, jelas kelihatan air muka Fazura yang rasa tidak selesa apabila mendengar kata-kata daripada anggota kumpulan Senario itu. Malah netizen turut mengatakan tindakan Lan Pet Pet itu dianggap sebagai satu gangguan seksual.

image is not available

Tonton video di sini

Terpanggil dengan kecaman teruk yang dilemparkan terhadapnya, Lan Pet Pet hari ini dilihat bersemuka dengan Fazura dan membuat permohonan maaf kepadanya.

“Saya minta maaf atas ketelanjuran saya, percakapan saya, saya minta maaf, tiada langsung niat dalam hati.”

Fazura bagaimanapun memilih untuk memaafkan Lan Pet Pet berikutan dengan isu lawak tersebut. Kata Fazura, dia memaafkan Lan Pet Pet atas keberaniannya yang membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Assalamualaikum saudara Lan. Susulan permohonan maaf secara terbuka oleh saudara Lan, Faz memilih untuk segera memaafkan seperti mana segera pula saudara Lan memohon maaf atas kekhilafan itu.”

“Ini kerana, walaupun hati pernah terguris, keinginan untuk mencapai reda Allah SWT adalah lebih utama. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran dan teladan buat kita bersama. Mudah-mudahan. Amin.”

Sumber : Threads 1, Threads 2, Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.