
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada akhir April yang lalu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan empat EXCO kerajaan Negeri Sembilan yang diwakili oleh UMNO telah mengosongkan pejabat dan memulangkan aset kerajaan negeri itu.
Pengosongan itu berlaku selepas 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti Barisan Nasional mengumumkan penarikan semula sokongan terhadap kerajaan pimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
6 EXCO sedia ada jalankan tugas 4 jawatan EXCO yang kosong
Terbaharu Aminuddin memaklumkan empat kekosongan itu akan dipangku oleh enam EXCO yang sedia ada.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan membuat pelantikan baharu untuk mengisi empat kekosongan bagi jawatan tersebut.
Katanya enam EXCO itu akan menjalankan tugas yang ditinggalkan oleh empat ADUN dari UMNO/BN agar pentadbiran lancar seperti sedia kala.
Tiada pelantikan baharu
“Tiada (pelantikan) EXCO baharu. Kita telah bersetuju supaya tugasan itu dipangku EXCO sedia ada. Ia tidak akan diisi,” jelasnya, lapor Berita Harian.
Sebelum ini empat jawatan tersebut telah dipegang oleh:
- Jalaluddin Alias (ADUN Pertang) – sebagai EXCO Kanan Jawatankuasa Kemajuan Desa, Perladangan dan Komiditi serta Jawatankuasa Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup
- Datuk Ismail Lasim (ADUN Seri Menanti) – EXCO Pendidikan dan Modal Insan
- Datuk Mustapha Nagoor (ADUN Palong) – EXCO Pembangunan Belia dan Sukan
- Datuk Mohd Faizal Ramli (ADUN Linggi) – EXCO Warisan, Teknologi, Inovasi, dan Digital
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jalaluddin Alias Sifatkan Tindakan 14 ADUN Tarik Sokongan Bukan Usaha ‘Tebuk Atap’ Tapi Pertahan Prinsip Parti
BACA ARTIKEL BERKAITAN: 14 Adun UMNO Umum Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap MB Negeri Sembilan
PH dan UMNO capai kata sepakat kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan
Sebelum ini pada 5 Mei, Majlis Perudingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) telah sebulat suara mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.
Keputusan itu diambil untuk kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Jelas Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, majlis turut bersetuju untuk memastikan sebarang keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang boleh mengundang kepada sensitiviti dan membuka ruang perselisihan hendaklah segera dirujuk kepada Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH, lapor Bernama.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Kerajaan N9: 5 ADUN PN Sedia Kerjasama & Beri Sokongan Kepada UMNO [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tuanku Titah Saya Teruskan Tadbir Sebagai Menteri Besar, Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa – Aminuddin Harun
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Negeri Sembilan: Anwar Ibrahim Dedah Kemungkinan Tiada PRN
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis N9: Anwar Sudah Menghadap Yang di-Pertuan Besar, Aminuddin Kekal Jalankan Tugas MB






