Tiada pemimpin atau wadah politik boleh jamin laluan ke syurga – Menteri Agama

LocalPolitics
5 Sep 2026 • 8:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak ALLAH SWT semata-mata dan tiada mana-mana individu, pemimpin atau wadah politik yang mempunyai autoriti untuk menjamin laluan ke syurga.

Bertentangan dengan firman Allah

Menerusi satu kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan dakwaan bahawa sokongan kepada organisasi tertentu menjadi syarat untuk mendapat tempat di syurga seolah-olah mempertikai hak ALLAH SWT.

Menurutnya, perkara berkenaan juga bertentangan dengan firman-Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 111 yang menegur sikap mendakwa syurga hanya milik kelompok sendiri.

“Syarat utama untuk meraih keredaan dan rahmat ALLAH SWT adalah keimanan yang ikhlas, ketakwaan, amalan soleh mengikut ajaran al-Quran dan al-Sunnah, bukannya borang keahlian atau sokongan kepada mana-mana bendera politik.
“Sikap mendakwa kumpulannya pasti suci manakala orang lain terkeluar daripada rahmat ALLAH SWT merupakan bentuk memuji diri sendiri dan ghuluw (sikap melampau) yang dilarang keras dalam Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam ceramah Sambutan Jubli Intan 75 tahun Pas di Kota Bharu pada Jumaat berkata, seseorang boleh mendapat tempat di syurga melalui perjuangan dibawa mereka.

Image from: Tiada pemimpin atau wadah politik boleh jamin laluan ke syurga – Menteri Agama

Foto: Bernama

Wadah perjuangan perlu berteraskan Islam

Walaupun mengakui parti itu sekadar sebuah pertubuhan politik, beliau menegaskan wadah perjuangan mereka berteraskan Islam dan selaras dengan ajaran yang diperintahkan ALLAH SWT.

Mengulas perkara itu, Zulkifli menyatakan parti politik hanyalah satu wasilah (alat atau perantara) usaha manusia yang tidak sunyi daripada kelemahan dan ijtihad, bukannya agama itu sendiri.

“Berpolitiklah dengan matang dan berakhlak berasaskan keadilan serta kemaslahatan ummah, tanpa menggadaikan nilai akidah dan ukhuwah Islamiah,” katanya.
Image from: Tiada pemimpin atau wadah politik boleh jamin laluan ke syurga – Menteri Agama

Foto: FB Zulkifli Hasan

 

Sumber: Facebook Dr Zulkifli Hasan 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved