Tiada penumpang feri parah, 18 alami cedera ringan – Exco

2 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada penumpang feri parah, 18 alami cedera ringan – Exco

GEORGE TOWN – Tiada penumpang feri yang parah dalam insiden pelanggaran Feri Teluk Bahang dan Kapal MV Mekar Jaya di had perairan Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth di sini, malam tadi.

Ecxo Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, setakat ini terdapat seramai 18 penumpang yang mengalami kecederaan ringan telah menerima rawatan di Jabatan Kecemasan (ED) Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Menurutnya, mereka terdiri daripada 21 penumpang yang dilaporkan mengalami mengalami kecederaan akibat kejadian berlaku.

“Mengikut laporan, seramai 11 mangsa dihantar ke HSJ dengan ambulans, manakala 10 lagi mangsa dengan kecederaan ringan ingin hadir sendiri ke hospital ( HSJ).

“Namun, hanya tujuh daripada mereka yang telah hadir ke HSJ. Dengan itu, jumlah pesakit di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan adalah seramai 18 orang dengan kecederaan ringan.,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Jelasnya beliau lagi, kesemua pesakit menerima rawatan di Zon Hijau dan hany menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Tiada kes dimasukkan ke wad dan tiada juga kes-kes lain hadir ke lain-lain fasiliti kesihatan kerajaan sehingga kini,’ ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai 21 penumpang feri dilaporkan cedera dalam insiden pelanggaran Feri Teluk Bahang dengan kapal MV Mekar Jaya di had perairan Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth di sini, kira-kira pukul 8.40.malam.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, kejadian berlaku ketika kapal MV Mekar Jaya sedang bergerak dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) manakala, feri berkenaan sedang dalam perjalanan ke Pengkalan Sultan Abdul Halim. -KOSMO! ONLINE

The post Tiada penumpang feri parah, 18 alami cedera ringan – Exco appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved