Tiada perancangan bubar DUN Pahang -Wan Rosdy

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 7:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada perancangan bubar DUN Pahang -Wan Rosdy

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tiada perancangan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

“Belum ada apa-apa perancangan setakat hari ini,” katanya ringkas pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka) yang ingin tahu sama ada DUN Pahang akan dibubarkan susulan kenyataan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberi bayangan bahawa persidangan kali ini merupakan yang terakhir bagi mereka.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mencelah perbahasan Belanjawan Pahang 2027 oleh Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (BN-Inderapura) yang menyatakan persidangan itu merupakan ‘hari-hari akhir’ beliau sebagai wakil rakyat Inderapura selama 22 tahun sejak 2004.

Shafik Fauzan turut menyatakan hasrat untuk tidak bertanding bagi kerusi DUN Inderapura pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.

Sementara itu, Tuan Ibrahim ketika ditemui pemberita berkata setakat ini belum ada perbincangan rasmi mengenai agenda pemuafakatan bersama Barisan Nasional (BN) Pahang.

“Belum lagi, kita merisik dulu. Pimpinan Pas di setiap negeri telah diarahkan untuk mengadakan pertemuan di semua peringkat bagi meneroka jalan agenda penyatuan ummah,” katanya.

Sebelum ini, BN dilaporkan tidak mahu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya di negeri lain meskipun mencatat momentum positif pada beberapa PRN termasuk di Melaka, baru-baru ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun, keputusan berhubung perkara itu diserahkan kepada pemimpin negeri masing-masing untuk menilai kesesuaian mengadakan pilihan raya.-BERNAMA

The post Tiada perancangan bubar DUN Pahang -Wan Rosdy appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved