Tiada PRK Parlimen Petaling Jaya – SPR

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 8:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tiada PRK Parlimen Petaling Jaya – SPR

KUALA LUMPUR - Tiada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen Petaling Jaya susulan peletakan jawatan penyandangnya, Lee Chean Chung, Jumaat lalu.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya menerima pemakluman daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menerusi surat bertarikh 2 Oktober 2026 berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya.

“Berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka berkenaan.

“Sehubungan itu, tiada PRK akan diadakan bagi kerusi Parlimen P105 Petaling Jaya,” katanya.

Keputusan itu menjadikan Petaling Jaya sebagai kerusi Parlimen keempat dalam penggal semasa yang dikosongkan tanpa PRK susulan, selepas Pandan, Setiawangsa dan Subang.

Sebelum ini pada 20 Mei, SPR mengesahkan tiada PRK akan diadakan bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas masing-masing dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pada Ogos lalu, SPR turut mengesahkan tiada PRK akan diadakan bagi kerusi Parlimen Subang susulan peletakan jawatan penyandangnya, Wong Chen.

Lee, 45, meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya selepas keahliannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) digantung selama tiga tahun. 

Beliau menerima keputusan berkenaan pada 30 September 2026.

Sebelum ini, beliau mendakwa akses kepada peruntukan kawasan Parlimen Petaling Jaya telah disekat, manakala pengurusan kawasan berkenaan diambil alih menerusi proses yang didakwa tidak telus. - Getaran, 5 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved