Tiada PRK Petaling Jaya, SPR Terima Makluman Kekosongan Kerusi P.105

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 4:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tiada PRK Petaling Jaya, SPR Terima Makluman Kekosongan Kerusi P.105

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat bagi Parlimen P.105 Petaling Jaya susulan peletakan jawatan Ahli Parlimennya, Lee Chean Chung.

SPR dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah menerima makluman daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul berhubung status kekosongan kerusi berkenaan.

Menurut SPR, makluman itu diterima melalui surat bertarikh 2 Oktober 2026, selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan kepada Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Selaras dengan itu, TIADA Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.105 Petaling Jaya akan dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Perkara berkenaan turut dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor ketika permulaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.

Chean Chung Letak Jawatan Pada 2 Oktober

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul menerima surat peletakan jawatan Lee Chean Chung sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya pada 2 Oktober.

Ramli berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada SPR mengenai kekosongan kerusi berkenaan selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pada tarikh sama, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya tanpa syarat sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 Berkuat Kuasa

Dalam pada itu, Ramli turut memaklumkan bahawa Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 mula berkuat kuasa pada 1 Oktober.

Beliau berkata, susulan penguatkuasaan akta berkenaan, Majlis Perkhidmatan Parlimen akan ditubuhkan dan bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan perkhidmatan Parlimen.

Baca juga:

Jelasnya, perkembangan itu dimaklumkan pada permulaan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved