“Tiada rasa malu” – Pasangan Didakwa Tidak Berpuasa, Sengaja Tayang Aksi Makan Ketika ‘Live’

LocalPolitics
26 Feb 2026 • 4:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Tindakan sepasang kekasih yang melakukan siaran langsung (Live) di aplikasi TikTok sambil makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan mengundang kecaman hebat daripada masyarakat.

Bukan sahaja tidak menghormati kesucian bulan puasa, malah sikap pasangan tersebut yang dilihat seolah-olah sengaja mencabar netizen dengan kata-kata provokasi dianggap melampau dan tidak beradab.

Menerusi klip video yang tular, pasangan tersebut dilihat sedang menikmati minuman dan makanan di dalam sebuah kereta. Apabila ditegur oleh penonton mengenai kewajipan berpuasa, lelaki di dalam video tersebut menjawab dengan nada angkuh.

image is not available

“Dahlah tak puasa, lepas tu cakap besar lagi. Dosa neraka aku tanggunglah,” antara petikan kata-kata yang dilemparkan oleh individu berkenaan.

Lebih mengecewakan, wanita di sebelahnya juga dilihat tidak menunjukkan rasa bersalah, malah turut sama menyertai aksi provokasi tersebut sambil membaca komen-komen yang mengecam mereka.

Susulan tularnya video tersebut, akaun X (Twitter) Isu Semasa Viral memuat naik tangkap layar hantaran tersebut dengan gesaan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Rata-rata netizen berasa marah dengan sikap “bangga dengan dosa” yang ditonjolkan. Ada yang mencadangkan agar video tersebut diserahkan kepada badan berkuasa seperti jabatan agama atau polis.

image is not available

Di Malaysia, orang Islam yang tidak berpuasa secara terbuka, makan, minum, atau merokok di khalayak ramai semasa Ramadan boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah negeri masing-masing. Pesalah berdepan denda sehingga RM1,000–RM2,000 dan penjara sehingga 6 bulan hingga 2 tahun. Pihak yang menjual makanan kepada mereka juga boleh diambil tindakan.

Sumber: X

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.