Tiada Tradisi Jumpa Peminat Depan Rumah, Shah Rukh Khan Hadiahkan Lagu Sempena Hari Lahir Ke-61

3 Nov 2026 • 2:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Tiada Tradisi Jumpa Peminat Depan Rumah, Shah Rukh Khan Hadiahkan Lagu Sempena Hari Lahir Ke-61

Pesohor Bollywood, Shah Rukh merayakan ulang tahun ke-61 dengan cara tak biasa apabila menerima kejutan serta hadiah istimewa berkaitan filem terbaharu lakonannya.Hadiah istimewa tersebut merupakan lagu pertama daripada filem aksi thriller terbaharunya, King, dilancarkan tepat jam 12 tengah malam sebagai simbolik pertambahan usia baharu bintang terkenal itu.Lebih mencuri perhatian, agu berjudul Tu Mil Jaye itu turut menampilkan kolaborasi antarabangsa bersama penyanyi terkenal Britain, Ed Sheeran.Tu mil Jaye merupakan hasil ciptaan duo komposer Sachin-Jigar, manakala vokalnya disampaikan oleh Arijit Singh bersama Madhubanti Bagchi menerusi kerjasama Interscope Records dan Gingerbread Man Records.Bukan sekadar lagu romantis biasa, Tu Mil Jaye menyaksikan gabungan aksi mendebarkan dan kisah percintaan penuh emosi menerusi gandingan Shah Rukh dan Deepika Padukone.Muzik videonya pula memaparkan kedua-dua bintang itu dalam beberapa babak aksi dan romantis yang dirakam di lokasi luar negara.Menariknya, video tersebut dimulakan dengan dialog suara latar Shah Rukh yang cukup dramatik bagi menggambarkan konflik cinta dalam filem berkenaan.“Aku bukan pembunuh, tetapi seorang kekasih. Sasaran aku ialah wanita yang dicintai. Apa ertinya cinta jika tidak mampu menembusi hati?”Peluncuran lagu tersebut sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat yang biasanya akan melakukan tradisi ‘bertemu’ idola mereka  di luar kediamannya, Mannat, di Bandra sempena ulang tahun kelahiran yang berlaku setiap tahun kerana komitmen penggambaran.Bagaimanapun, peminat tetap menerima kejutan apabila paparan skrin LED di luar kediaman mewahnya itu menayangkan tiga poster teaser terbaharu King tepat pada tengah malam.Filem arahan Siddharth Anand itu turut menandakan kerjasama kedua pengarah berkenaan bersama Shah Rukh selepas kejayaan Pathaan.Selain Shah Rukh dan Deepika, filem berkenaan turut dibintangi anak perempuan Shah Rukh, Suhana Khan, Abhishek Bachchan, Anil Kapoor, Rani Mukerji, Jackie Shroff, Arshad Warsi dan Abhay Verma.Pelakon terkenal, Kareena Kapoor pula dilaporkan bakal membuat penampilan istimewa menerusi sebuah babak tarian.King dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh dunia pada 24 Disember 2026, sekali gus menjadi antara filem yang dinantikan sempena musim cuti Krismas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved