“Tiada unsur jenayah” – Polis Tepis Dakwaan Jaslinda Ada Kaitan Dengan Along

4 Jun 2026 • 1:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft kes jaslinda

Kehilangan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Baru Putih, Perak tidak melibatkan sebarang unsur jenayah along seperti mana yang didakwa.

Ia disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah Hari ini.

Artikel berkaitan: Ramai Tertanya, Bomba Perak Perjelas Sebab Khidmat Anjing K9 Tidak Diguna Dalam SAR Jaslinda

Screenshot 2026 06 04 130053

Berikutan itu, beliau meminta agar semua pihak tidak menghebohkan perkara tersebut.

“Tiada unsur along, tiada unsur jenayah membabit wanita yang hilang itu, saya minta supaya tak perlu dihebohkan perkara itu.”

Tambah beliau, polis juga akan merakam percakapan daripada rakan pendaki Jaslinda seramai 13 orang yang terlibat dalam operasi pendakian itu.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk membantu kita dalam menyelesaikan pencarian ini.”

Sebelum ini, beliau memberitahu bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda akan diteruskan bagaimanapun dibuat pada skala kecil bermula esok.

Sumber : Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.