Tiba-tiba Patah, 23 Orang Cedera Dalam Insiden Permainan Taman Tema Runtuh Di Arab Saudi

Entertainment
2 Aug 2025 • 10:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lebih 20 pengunjung cedera selepas sebuah permainan di taman tema di Taif, Arab Saudi tiba-tiba runtuh dalam kejadian yang berlaku pada Rabu. Kesan daripada kejadian itu pihak berkuasa telah mengarahkan menutup taman berkenaan dan melancarkan siasatan.

image is not available

Menurut laporan ABC News, insiden berlaku di kawasan Al-Hada apabila permainan “360 Big Pendulum” patah dua semasa beroperasi, menyebabkan bahagian yang membawa penumpang terhempas ke tanah.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan permainan tersebut berayun beberapa kali sebelum lengan utama pendulum itu tiba-tiba patah dan menjatuhkan tempat duduk penumpang ke bawah.

image is not available

Gabenor Taif, Putera Saud bin Nahar bin Saud bin Abdulaziz, dilaporkan telah mengarahkan taman tema itu ditutup serta-merta dan satu siasatan penuh dijalankan. Sebahagian mangsa menerima rawatan di lokasi, manakala selebihnya dihantar ke hospital.

Pihak berkuasa mengesahkan seramai 23 orang cedera dalam kejadian tersebut, namun tiada kematian dilaporkan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.