[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Kejayaan sulung parti Hamzah, Wawasan menang tiga kerusi

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 9:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Kejayaan sulung parti Hamzah, Wawasan menang tiga kerusi
Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainuddin mencipta sejarah apabila meraih kemenangan sulung dengan memenangi tiga daripada empat kerusi yang ditandingi pada PRN Negeri Sembilan.

SHAH ALAM - Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainuddin mencipta sejarah apabila meraih kemenangan sulung dengan memenangi tiga daripada empat kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Berdasarkan kiraan semasa, Wawasan yang bertanding dibawah logo Perikatan Nasional (PN) berjaya menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, Sikamat dan Gemas.

Di DUN Gemas, calon PN dari Wawasan, Ridzuan Ahmad memperoleh 13,449 undi dengan majoriti 10,718 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Siti Aishah Seman Othman yang meraih 2,731 undi dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Azman Abdullah yang memperoleh 880 undi.

Di DUN Sikamat pula, Datuk Razali Abu Samah dari Wawasan juga menang dengan 11,789 undi, menewaskan Nor Azman Mohamad (PH) yang memperoleh 9,177 undi dan calon Bersatu, Tun Faisal Ismail dengan 442 undi, sekali gus mencatat majoriti 2,612 undi.

Sementara itu, di DUN Klawang, Danni Rais menang tipis dengan memperoleh 746 undi, menewaskan Bakri Sawir (PH) yang mendapat 683 undi dan Adib Musa (Bersatu) dengan 83 undi, sekali gus meraih majoriti 63 undi.

Sebelum ini, PN mengumumkan hanya bertanding di 11 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan, sekali gus melengkapkan jumlah keseluruhan 36 kerusi selepas 11 kerusi kosong susulan pengumuman seramai 25 calon yang dibuat BN.

Untuk pembahagian kerusi, Pas meletakkan seramai lima calon, Wawasan bertanding di empat kerusi, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) masing-masing satu calon.

Antara kerusi ditandingi Wawasan termasuklah Gemas, Klawang, Sikamat dan Mambau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved