Tidak sedarkan diri selepas setengah jam terperangkap dalam lif

25 Oct 2026 • 11:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tidak sedarkan diri selepas setengah jam terperangkap dalam lif

GEORGE TOWN – Seorang wanita berusia 25 tahun ditemukan tidak sedarkan diri selepas setengah jam terperangkap bersama lima individu lain dalam sebuah lif yang terhenti di Blok B, Idaman Selasih, Bayan Lepas di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.55 malam.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi pada pukul 9.05 malam sebelum menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas.

“Pintu lif berjaya dibuka pada pukul 9.31 malam dan kesemua enam mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.

“Seorang mangsa yang tidak sedarkan diri diberikan rawatan awal oleh pihak Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang menggunakan ambulans agensi berkenaan,” katanya di sini, hari ini

Jelasnya, mangsa lain terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak perempuan yang dilaporkan selamat. -KOSMO! ONLINE

The post Tidak sedarkan diri selepas setengah jam terperangkap dalam lif appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved