“Tidak selaras skrip asal” – UM Tampil Perjelas Adegan Tidak Bermoral Dalam Persembahan Teater

LocalPolitics
16 Apr 2026 • 10:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Satu persembahan teater di sebuah universiti terkemuka telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai apabila tular satu adegan yang didakwa tidak bermoral dipersembahkan dalam kalangan pelajar.

Susulan isu itu, Universiti Malaya (UM) dalam satu kenyataan rasmi mengatakan pihaknya memandang serius perkara tersebut dan mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan.

UM menjelaskan bahawa berdasarkan garis panduan Karnival Teater (KARVITER), setiap persembahan perlu bebas daripada unsur negatif, provokasi atau kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti.

Bagaimanapun, hasil penelitian mendapati adegan yang dipersembahkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah diluluskan sebelum ini.

“Sehubungan itu, Universiti Malaya dengan ini memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul

“Universiti tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan yang telah ditetapkan,” tulis kenyataan itu.

 

Jelasnya lagi, persembahan terbabit telah diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai. Tindakan susulan juga sedang diambil bagi memperketat pemantauan agar insiden sama tidak berulang pada masa hadapan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved