Tidak sempat beli sarapan, wanita warga emas maut dilanggar MPV

22 Sep 2026 • 12:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tidak sempat beli sarapan, wanita warga emas maut dilanggar MPV

YAN – Hasrat seorang wanita warga emas untuk membeli makanan buat sarapan pagi tidak kesampaian apabila dia maut dilanggar sebuah kenderaan berhampiran sebuah pusat pengajian Islam di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 69 tahun yang merupakan pesara kerajaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Aikap Dunding berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang tinggal di pusat pengajian tersebut mahu melintas jalan untuk membeli makanan di sebuah gerai di seberang jalan.

“Sebuah MPV jenis Mitsubishi Xpander yang dipandu seorang jururawat Hospital Yan kemudian terlanggar mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kenderaan tersebut tidak cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Tidak sempat beli sarapan, wanita warga emas maut dilanggar MPV appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved