Tidur Atas Kerusi, Isteri Berehat Di Atas Tong – Pasangan Ini Terus Bertahan Di Tapak Rumah Yang Hangus Terbakar

22 Jul 2026 • 7:21 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Tidur Atas Kerusi, Isteri Berehat Di Atas Tong – Pasangan Ini Terus Bertahan Di Tapak Rumah Yang Hangus Terbakar

LANGKAWI – Nasib menyayat hati menimpa pasangan suami isteri apabila mereka kini terpaksa meneruskan kehidupan di tapak rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bakau, Kelibang sejak 18 Julai lalu.

Perkongsian mengenai keadaan pasangan itu dimuat naik oleh pengguna Threads, @norsaidilangkawi, sekali gus mengundang rasa simpati ramai.

Rumah Musnah, Tiada Tempat Berteduh

Menurut perkongsian tersebut, Ahmad Firdaus bin Mansor, 34, bersama isterinya, Emi, masih tinggal di kawasan rumah mereka yang hangus terbakar kerana belum mempunyai tempat tinggal lain.

Firdaus yang bekerja sebagai nelayan yang menumpang perahu orang lain dilaporkan tidur di atas sebuah kerusi, manakala isterinya pula berehat di atas sebuah tong yang hanya berbumbungkan kanvas sebagai perlindungan sementara daripada panas dan hujan.

Keadaan itu menyentuh hati ramai yang menyaksikan video dan gambar dikongsikan di media sosial.

Orang Ramai Titip Doa Buat Pasangan Itu

Dalam perkongsian sama, orang ramai turut diajak mendoakan agar segala urusan pasangan tersebut dipermudahkan serta dikurniakan bantuan dan pembelaan sewajarnya daripada pihak berkaitan serta insan yang berhati mulia.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,” tulis pemilik hantaran itu.

Netizen Luah Simpati

Ruangan komen pula dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa sedih melihat keadaan pasangan berkenaan.

Selain mendoakan agar mereka dipermudahkan urusan, ada juga yang berharap bantuan dapat segera disalurkan bagi membolehkan pasangan itu meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

The post Tidur Atas Kerusi, Isteri Berehat Di Atas Tong – Pasangan Ini Terus Bertahan Di Tapak Rumah Yang Hangus Terbakar appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved