Rokok seludup RM1.8 juta, 208 mesin lombong bitcoin haram dilupuskan

LocalTechnology
3 Nov 2026 • 12:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rokok seludup RM1.8 juta, 208 mesin lombong bitcoin haram dilupuskan

GUA MUSANG – Sebanyak 210 karton rokok seludup bernilai RM1.8 juta dan 208 mesin perlombongan mata wang kripto (bitcoin) dilupuskan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang selepas kesemua barang rampasan itu selesai melalui proses perundangan dan perintah mahkamah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, rampasan rokok seludup dan mesin yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perlombongan mata wang kripto itu dilakukan menerusi beberapa operasi antara 2021 hingga 2023.

Katanya, mesin melombong bitcoin akan diserahkan kepada pihak pengurusan e-waste (sisa barangan elektrik dan elektronik) manakala rokok yang dirampas akan ditanam di pusat pelupusan sampah Majlis Daerah Gua Musang.

“Rampasan mesin bitcoin itu dilakukan hasil kerjasama polis dan Tenaga Nasional Berhad. Mesin berkenaan dirampas di beberapa lokasi termasuk bangunan tidak berpenghuni di kawasan perumahan yang dipercayai digunakan sindiket sebagai pusat perlombongan bitcoin.

“Polis akan terus bekerjasama dengan TNB bagi mengesan kegiatan perlombongan secara haram yang bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada syarikat utiliti itu, malah merugikan negara akibat penggunaan elektrik secara tidak sah,” katanya selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Bitcoin dan Barangan Elektronik di IPD Gua Musang di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1963.

Katanya, IPD Gua Musang turut melakukan rampasan kes sama pada tahun lalu, namun barang kes berkenaan masih dalam proses siasatan dan belum boleh dilupuskan. – KOSMO! ONLINE

The post Rokok seludup RM1.8 juta, 208 mesin lombong bitcoin haram dilupuskan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved