Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik

8 Oct 2026 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik
Tangkap layar tular gambar motosikal dinaiki tiga beradik itu berpatah balik selepas sampai ke sekolah.
Image from: Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik
Tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah dalam tragedi di Jalan Parit Haji Sirat, di sini. Dari kiri, Nor Daniel Aiman, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufal Raisya
Image from: Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik
Julaiha
Image from: Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik
Lokasi nahas di Kampung Parit Haji Siraj Pontian.
Image from: Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik
Keadaan rumah keluarga dipenuhi keluarga dan penduduk kampung.
Image from: Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik
Tiga beradik maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pada kira-kira jam 7 pagi, Khamis.

PONTIAN - Kamera litar tertutup (CCTV) sebuah sekolah merakam motosikal dinaiki tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, tiba di hadapan sekolah berkenaan sebelum berpatah balik ke rumah pada pagi Khamis.

Ibu mangsa, Julaiha Munaji, 43, berkata, dia dimaklumkan rakaman CCTV sekolah menunjukkan motosikal dinaiki ketiga-tiga anaknya itu berpatah balik selepas mendapati sekolah ditutup berikutan jerebu.

"Sekolah rendah dengan rumah cuma dua kilometer. Ada orang yang hendak pergi kerja datang beritahu motosikal dinaiki anak saya kemalangan dekat depan rumah. Jaraknya cuma 200 meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah

Tiga beradik maut: 'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - Ibu

Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik

**media[3671519]**

"Suami dan anak sulung terus pergi ke tempat kejadian dan anak-anak kemudian dibawa ke Hospital Pontian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Haji Siraj pada Khamis.

**media[3671486]**

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, tiga beradik berkenaan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori.

Mangsa ialah Nor Daniel Aiman, 18, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufal Raisya, 8.

**media[3671485]**

Menurut Julaiha, dia sebelum itu sudah melarang dua anaknya, Fikri dan Puteri, daripada pergi ke sekolah kerana sekolah di seluruh Johor ditutup akibat jerebu.

Bagaimanapun, kedua-duanya tetap berkeras mahu ke sekolah menyebabkan abang mereka, Aiman, membawa mereka ke sekolah bagi membuktikan sekolah sememangnya ditutup.

“Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tapi mereka beria-ia nak pergi juga," katanya.

**media[3671487]**

Julaiha yang mempunyai enam anak berkata, tiada sebarang perubahan pelik pada ketiga-tiga anaknya sebelum kejadian, malah mereka masih ceria seperti biasa.

“Fikri ada beritahu nak main bola. Dia siap basuh kasut bersih-bersih dan letak di situ sebab nak pakai nanti.

“Anak bongsu, Puteri pula buat kerja sekolah pada sebelah malam, kemudian sambung lagi pada sebelah siang,” katanya.

**media[3671488]**

Menurutnya, ketiga-tiga beradik itu sangat rapat dan masih tidur bersama keluarga pada malam sebelum kejadian.

“Aiman jenis pendiam, tapi kalau dengan saya dia suka bergurau. Mereka semua rapat.

"Empat bulan lepas saya kemalangan selepas hantar anak ke sekolah. Aiman yang jugak anak ketiga banyak tolong saya, hantar adik-adik ke sekolah," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved