Tiga beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

8 Oct 2026 • 8:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad
Julaiha menyiram air di atas pusara anak-anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj, Pontian pada Khamis.
Image from: Tiga beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad
Orang ramai hadir membantu urusan pengurusan jenazah tiga beradik berkenaan.
Image from: Tiga beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beradik yang maut dalam nahas pada Khamis dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj, Pontian.
Image from: Tiga beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad
Jenazah Nor Daniel Aiman, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa Raisha dikebumikan pada jam 7.30 malam selepas disolatkan di Masjid Jamek Kampung Parit Haji Siraj.

PONTIAN - Tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj dekat sini pada Khamis.

Jenazah Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufa Raisha Norlizan, 8, dikebumikan pada jam 7.30 malam selepas disolatkan di Masjid Jamek Kampung Parit Haji Siraj.

**media[3672161]**

Bapa mereka, Norlizan Khamis, 42, berterima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan sokongan dan membantu keluarga mereka sepanjang urusan pengurusan jenazah tiga beradik berkenaan.

Beliau turut menghargai keprihatinan pelbagai pihak berterima kasih pihak sekolah, agensi berkaitan serta penduduk setempat yang membantu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah

Tiga beradik maut: 'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - Ibu

Tiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balik

Ketiga-tiga beradik itu maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kira-kira jam 7.20 pagi tadi di Jalan Kampung Parit Haji Siraj.

Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sapran.

Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Nor Daniel Aiman meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Pontian.

**media[3672162]**

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kemalangan.

**media[3672163]**

Sebelum kejadian, ibu mangsa, Julaiha Munaji, 44, sudah memaklumkan kepada dua anaknya yang bersekolah rendah bahawa sekolah ditutup susulan keadaan jerebu.

Bagaimanapun, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa tetap berkeras mahu ke sekolah, menyebabkan abang mereka membawa kedua-duanya sebelum mereka berpatah balik selepas dimaklumkan sekolah ditutup.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved