Tiga beranak rentung rumah terbakar

15 Aug 2026 • 9:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga beranak rentung rumah terbakar

ROMPIN – Tiga beranak rentung selepas rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Desa Mawar Muadzam Shah di Rompin, hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu ialah Mohd Kahurolaizam Mokhtar, 42; isterinya, Siti Zaleha Aluha, 31, dan anak mereka Muhamad Putra Rayqal Mohd Kahurolaizam, 4.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian kebakaran berkenaan melibatkan dua buah rumah bersebelahan.

“Mangsa pertama dijumpai ialah seorang lelaki dewasa yang berada dalam longkang hadapan rumah tidak sedarkan diri manakala dua anak lelaki mangsa berumur 16 tahun dan 10 tahun selamat sempat lari keluar rumah.

“Pemeriksaan lanjut bersama pegawai bomba telah menjumpai dua mayat berkeadaan rentung di sudut bilik yang hangus disyaki isteri dan anaknya,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak Hospital Muadzam Shah yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan siasatan giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga beranak rentung rumah terbakar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved