Isteri, anak rentung dalam bilik, suami ditemui maut dalam longkang

15 Aug 2026 • 10:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isteri, anak rentung dalam bilik, suami ditemui maut dalam longkang
Anggota bomba mengangkat jenazah mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto: Polis Rompin
Image from: Isteri, anak rentung dalam bilik, suami ditemui maut dalam longkang
Keadaan api yang marak memusnahkan dua rumah dalam kebakaran di Muadzah Shah pada awal pagi Sabtu. Foto: Polis Rompin

ROMPIN - [KEMAS KINI] Dua mangsa dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Desa Mawar 2, Muadzam Shah di sini pada awal pagi Sabtu ditemui rentung manakala seorang lagi didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam longkang berhampiran.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Kahurolaizam Mokhtar, 42, isterinya, Siti Zaleha Aluha, 31 dan anak lelaki mereka,Muhamad Putra Rayqal, 4.

Menurutnya, dua lagi anak pasangan itu, Putra Aliff Haiqal,16 dan Mohamad Putra Haikal,10, selamat apabila sempat lari keluar dari rumah semasa kejadian.

"Siti Zaleha dan anak lelakinya ditemui rentung selepas terperangkap dalam bilik rumah yang hangus, manakala Mohd Kahurolaizam ditemui dalam longkang di hadapan rumah, dipercayai terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.

"Penghuni sebuah lagi rumah yang terbakar iaitu pasangan suami isteri dan empat anak mereka selamat," katanya.

**media[3615564]**

Sharif Shai berkata, Balai Polis Muadzam Shah terima panggilan telefon dari Pejabat Gerakan IPD Rompin jam 4.17 pagi yang memaklumkan berhubung kebakaran dua rumah tersebut dan polis tiba di di lokasi kejadian pada jam 4.35 pagi.

"Sebaik tiba, mendapati anggota bomba bersama sebuah jentera sedang berusaha memadamkan kebakaran. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.05 pagi," katanya.

Beliau berkata, jenazah semua mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved