Tiga beregu negara mara pusingan kedua di Australia

FootballSports
18 Nov 2025 • 7:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sze Fei (kanan)–Nur Izzuddin singkirkan Wei He-Jui Hsuan dalam masa 24 minit. Foto: Agensi

TIGA wakil beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri mara ke pusingan kedua Terbuka Australia Super 500 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing pada Selasa.

Pada pusingan pertama yang berlangsung di Sydney Olympic Park, Sze Fei-Nur Izzuddin selaku pilihan kedua kejohanan menumpaskan gandingan Taiwan, Zhi Wei He-Huang Jui Hsuan 21-10, 21-10 dalam tempoh 24 minit.

Beregu profesional negara itu akan menentang sama ada pasangan tuan rumah Rizky Hidayat-Frengky Wijaya Putra atau Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan.

Sementara itu, Wei Chong-Kai Wun mengesahkan tempat pada pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Taiwan Chiang Chien-Wei-Wu Hsuan-Yi 23-21, 21-16, sekali gus akan berdepan gandingan Denmark Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer.

Hon Jian-Muhammad Haikal pula mengejutkan gandingan Taiwan yang juga pilihan ketujuh Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-10, 21-13.

Dua lagi beregu lelaki negara, Lau Yi Sheng-Lim Tze Jian dan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong bagaimanapun kandas seawal pusingan pertama.

Yi Sheng-Tze Jian tewas kepada gandingan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 15-21, 10-21 manakala Mohd Azriyn-Wee Kiong tewas kepada Christian Faust-Rasmus 19-21, 21-13, 20-22. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved