Tiga lelaki disyaki curi motosikal di Bukit Bintang ditahan

19 Oct 2026 • 12:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga lelaki disyaki curi motosikal di Bukit Bintang ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes curi motosikal jenis Honda RS150 yang berlaku di sekitar Bukit Bintang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya menerima laporan pada 14 Oktober mengenai kehilangan motosikal tersebut yang dipercayai berlaku pada 26 September lalu.

“Hasil tindakan berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis berjaya menahan tiga suspek berusia 23 hingga 32 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

“Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas dua buah motosikal, sehelai seluar dan sepasang selipar bagi membantu siasatan.

Katanya, Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Tambahnya, kejayaan tangkapan itu turut membantu polis menyelesaikan tiga lagi kes curi motosikal di sekitar daerah Dang Wangi yang disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga lelaki disyaki curi motosikal di Bukit Bintang ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved