Tiga lelaki ditahan isi minyak diesel ke dalam tong tanpa permit

LocalBusiness & Finance
8 Sep 2026 • 4:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga lelaki ditahan isi minyak diesel ke dalam tong tanpa permit

KUANTAN – Tindakan tiga individu mengisi minyak diesel ke dalam tong tanpa permit membawa padah apabila mereka ditahan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sebuah stesen minyak di Sungai Lembing di sini semalam.

Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin berkata, dalam operasi Ops Tiris 4.0 itu pihaknya turut merampas 200 liter dipercayai minyak diesel dan menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dengan nilai keseluruhan berjumlah RM81,000.

Katanya berdasarkan pemeriksaan mendapati tiga lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit yang sah berkaitan pembelian dan pemilikan barang kawalan tersebut.

“Siasatan awal turut mendapati pengisian minyak diesel berkenaan disyaki menggunakan ‘fleet card’ yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat pengangkutan.

“Hasil pemeriksaan tersebut, KPDN menyita kira-kira 200 liter cecair petroleum yang disyaki minyak diesel, 10 tong ‘jerry can’, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux, kunci kenderaan, satu ‘fleet card’, dua resit pembelian minyak diesel serta sampel cecair petroleum untuk tujuan siasatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki atau mempunyai dalam kawalan barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah bahawa suatu kesalahan terhadap Akta tersebut telah, sedang atau akan dilakukan.-KOSMO! ONLINE

The post Tiga lelaki ditahan isi minyak diesel ke dalam tong tanpa permit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved