Tiga pelajar lelaki Tingkatan Satu disyaki membuli hingga cedera

18 Jul 2026 • 4:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga pelajar lelaki Tingkatan Satu disyaki membuli hingga cedera
Polis menahan tiga pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini kerana disyaki membuli seorang pelajar lelaki sebaya

KANGAR, - Polis menahan tiga pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini kerana disyaki membuli seorang pelajar lelaki sebaya sehingga mendatangkan kecederaan pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima laporan pada 11.27 malam Khamis lepas dan mangsa mengalami kecederaan pada buku lali dipercayai akibat kejadian itu.

Beliau berkata ibu mangsa yang berusia 39 tahun mendakwa dimaklumkan oleh guru kelas pada 12.28 tengah hari Khamis bahawa anaknya tergelincir ketika hendak masuk ke kelas sehingga tidak boleh berjalan.

"Kira-kira 1 tengah hari, wanita itu mengambil anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah di sini dan doktor memaklumkan remaja itu mengalami keretakan pada buku lali kiri.

"Pada 7.28 malam semasa berada di hospital, anaknya memaklumkan dibuli sejak beberapa bulan lepas dan kemuncaknya pada Khamis sehingga cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata tiga pelajar lelaki itu dipercayai menendang, memukul dan membaling dua tong sampah besar pada bahagian badan dan kepala serta meludah mangsa selain disyaki memeras ugut wang belanja daripada mangsa.

Beliau berkata tiga pelajar terlibat kini direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved