Tiga pemain Argentina digantung susulan pergaduhan ketika perlawanan akhir Piala Dunia

FootballSports
22 Aug 2026 • 8:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga pemain Argentina digantung susulan pergaduhan ketika perlawanan akhir Piala Dunia
Tiga pemain Argentina digantung berikutan penglibatan mereka dalam pergaduhan pada penghujung perlawanan akhir Piala Dunia bulan lepas menentang Sepanyol.

TIGA pemain Argentina digantung berikutan penglibatan mereka dalam pergaduhan pada penghujung perlawanan akhir Piala Dunia bulan lepas menentang Sepanyol, manakala pasukan itu turut didenda susulan tindakan mempamerkan kain rentang Kepulauan Falkland selepas kemenangan separuh akhir mereka ke atas England, lapor PA Media/dpa.

Pemain tengah Leandro Paredes menerima hukuman paling berat, iaitu gantung 10 perlawanan dan denda AS$90,000 daripada Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), manakala pemain pertahanan Nahuel Molina dikenakan penggantungan tujuh perlawanan dan didenda dengan jumlah yang sama.

Thiago Almada pula digantung satu perlawanan dan didenda AS$30,000 kerana kelakuan tidak bersemangat kesukanan, manakala Penolong Jurulatih Argentina Roberto Ayala digantung tiga perlawanan dan didenda dengan jumlah yang sama.

Pemain Sepanyol, Gavi, turut dikenakan penggantungan satu perlawanan dan denda AS$30,000 atas kelakuan tidak bersemangat sukan.

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) didenda AS$321,000 atas beberapa pelanggaran, termasuk tindakan mempamerkan kain rentang tanpa kebenaran. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved