
BEAUFORT: Dua remaja maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabas di Kampung Laba, Kota Klias, di sini pada petang Isnin.
Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah berkata kejadian itu berlaku ketika Amiz Dhani Adeli dan Ivan Iskandar dalam perjalanan ke sekolah dari rumah mereka.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 4.15 petang Isnin mengenai kemalangan motosikal terbabas sendiri.
“Apabila tiba di kawasan kejadian, penunggang motosikal itu dipercayai hilang kawalan, menyebabkan jenteranya terbabas ke bahu jalan kiri lalu melanggar tiang solar sebelum melanggar pokok,” katanya.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Impak kejadian menyebabkan penunggang dan pembonceng tercampak ke atas jalan.
Ismail berkata kedua-dua remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, bapa mangsa memberitahu anaknya baru sahaja menyambut hari lahir ke-15 pada hari kejadian.
Di LAHAD DATU, seorang penunggang motosikal warga Indonesia berusia 18 tahun maut dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Batu 5, Jalan Lahad Datu-Sandakan, Selasa.
Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata, si mati dalam perjalanan menuju ke Lahad Datu dari Sandakan ketika kejadian pada 4.15 pagi.
Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan motosikal berkenaan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori tersebut.
“Penunggang motosikal itu digilis lori berkenaan menyebabkan dia maut di tempat kejadian,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut.
Menurut Dzulbaharin, polis telah mengambil sampel darah penunggang dan pemandu lori itu untuk ujian alkohol serta dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dzulbaharin menggesa saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Mohd Humaidi, pada talian 089-881255 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Lahad Datu bagi membantu siasatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



