Sindiket pecah rumah warga China tumpas, polis rampas barangan mewah

12 Aug 2026 • 12:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sindiket pecah rumah warga China tumpas, polis rampas barangan mewah
Fadil Marsus

KUALA LUMPUR - Lima lelaki warga China yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah ditahan secara berasingan di Sri Petaling dan Pudu di sini pada Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejayaan itu hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras susulan kejadian pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Desa Petaling pada 4 Ogos lalu.

"Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM6,000 membabitkan kehilangan wang tunai, barangan kemas dan sebuah beg silang berjenama mewah.

"Bertindak atas maklumat dan risikan, polis melancarkan dua serbuan di kawasan Sri Petaling dan Pudu pada jam kira-kira 9.30 malam, Ahad, serta menahan lima lelaki warga China berusia antara 38 hingga 58 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fadil berkata, polis turut merampas sebuah kenderaan bersama pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan pecah rumah.

"Selain itu, polis berjaya menemui semula barangan kes milik pengadu serta pelbagai barangan mewah lain termasuk jam tangan, dompet dan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing berjumlah lebih RM10,000.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek turut dipercayai terbabit dalam dua kes pecah rumah berasingan yang dilaporkan berlaku di sekitar Cheras," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek kini direman mulai 10 hingga 13 Ogos bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved