Warga China dalang sindiket pecah rumah sekitar KL

12 Aug 2026 • 5:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Warga China dalang sindiket pecah rumah sekitar KL

KUALA LUMPUR: Seramai lima individu ditahan selepas terlibat dalam sindiket pecah rumah dipercayai didalangi warga China dalam dua serbuan berasingan di Sri Petaling dan Pudu, di sini pada Ahad lalu.

Kesemua suspek berusia antara 38 hingga 58 tahun ditahan dalam operasi kira-kira pukul 9.30 malam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras itu dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan.

“Susulan itu, sebuah kenderaan serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah dirampas.

“Turut ditemukan semula barangan milik pengadu selain pelbagai barangan mewah termasuk jam tangan, dompet dan wang tunai pelbagai mata wang asing berjumlah lebih RM10,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, tangkapan itu susulan kejadian pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Desa Petaling, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Beliau berkata, mangsa kerugian kira-kira RM6,000 selepas wang tunai, barang kemas dan sebuah beg silang berjenama mewah dilaporkan hilang.

“Siasatan awal mendapati semua suspek warga China turut terbabit dalam dua lagi kes pecah rumah yang dilaporkan di sekitar Cheras,” jelasnya.

Katanya,  semua suspek direman selama empat hari mulai Isnin lalu hingga esok bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,”katanya. –UTUSAN

The post Warga China dalang sindiket pecah rumah sekitar KL appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved