Mahkamah Tinggi hari ini mendapati seorang pelajar lelaki tidak waras ketika menikam mati rakan sekolahnya berusia 16 tahun di sebuah tandas sekolah di Bandar Utama, Selangor, tahun lalu.
Remaja berusia 14 tahun ketika kejadian itu tidak disabitkan atas pertuduhan membunuh selepas mahkamah menerima laporan pakar yang mengesahkan dia mengalami skizofrenia dan tidak waras ketika kejadian.
Kosmo Online / Saddam Yusoff Sebaliknya, mahkamah mengarahkan remaja berkenaan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, berkuat kuasa hari ini sehingga mendapat pengampunan daripada Sultan Selangor.
Peguamnya, Kitson Foong berkata, pihak pembelaan berjaya membuktikan keadaan anak guamnya memenuhi peruntukan Seksyen 84 Kanun Keseksaan berkaitan ketidakwarasan fikiran.
“Mahkamah menerima hakikat bahawa penama tidak waras dan mengalami skizofrenia ketika menikam pelajar perempuan itu pada waktu dan tarikh kejadian,” katanya.
Seksyen 84 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa sesuatu perbuatan tidak menjadi kesalahan sekiranya seseorang, akibat ketidakwarasan fikiran, tidak berupaya mengetahui sifat perbuatannya atau bahawa perbuatan tersebut salah atau bertentangan dengan undang-undang.
Menurut Kitson, meskipun tidak disabitkan atas pertuduhan membunuh, remaja berkenaan tetap diarahkan menjalani rawatan psikiatri.
Untuk rekod, remaja itu sebelum ini didakwa membunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun di bilik tandas perempuan sebuah sekolah di Bandar Utama antara jam 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.
Kes pendakwaan sebelum ini memanggil 11 saksi, termasuk tiga kanak-kanak, guru sekolah, ibu mangsa dan pakar patologi.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, memandangkan tertuduh merupakan kanak-kanak ketika kejadian, hukuman mati tidak boleh dijatuhkan mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001.- KOSMO ONLINE
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Polis Kini Buru Lelaki Tendang Anak Perempuan Sampai Melambung Di Kedai Makan Di Kelantan
The post Tikam Rakan Sekolah 180 Kali, Pelajar Lelaki Terlepas Sabitan Membunuh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





