

Ada berita baik untuk rakyat Malaysia.
Ini kerana kerajaan mempertimbang jualan 'Tiket MADANI' bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026 yang akan diadakan di Litar Sepang pada Oktober ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau sedar harga tiket bagi acara sukan antarabangsa berprestij itu mahal, sedangkan ramai rakyat tempatan berminat menontonnya.

"Ramai sudah membeli tiket… (ada yang kata) tiket mahallah tapi nak buat macam mana, (acara) antarabangsa.
"Nak suruh orang datang, orang tanya saya "PM, ada tak Tiket MADANI? Kami kena beli tiket, yang paling murah RM200. Bagilah tiket MADANI.
"Insya-Allah… tapi jangan (minta tempat) duduk depan sangat. Nak bayar Tiket MADANI, jangan duduk depan sangatlah," katanya.
Terdahulu, CariCarz.com melaporkan Malaysia sah menjadi tuan rumah bagi perlumbaan F1 GP Bahrain Gulf Air 2026 di Sepang pada Oktober ini.





