
Kisah ini dikongsikan di tengah-tengah kontroversi tiket penerbangan yang mahal
Tiket Terlalu Mahal, Netizen Sebak Dengar Kisah Individu Ini Tak Sempat Jenguk Ibu Sebelum Meninggal. Baru-baru ini, ramai warga Malaysia Timur mengadu tiket penerbangan yang melambung tinggi untuk pulang ke Sabah dan Sarawak pada musim perayaan.
Di tengah-tengah ini, seorang netizen berkongsi kisah mereka bagaimana rakan warga Sabah mereka tidak mampu pulang kerana tiket penerbangan mahal apabila ibunya tiba-tiba meninggal dunia – meraih simpati netizen.

“Tiga tahun tak balik sebab memikirkan tiket mahal,”
Kisah itu dikongsi selepas video seorang TikToker Sabah tular menunjukkan dia menangis kerana terlepas penerbangan transitnya ke Sabah akibat penerbangan pertamanya ditangguhkan dan perlu membelanjakan RM600+ untuk membeli tiket baru semata-mata untuk pulang.
Berhubung dengan situasi terbabit, seorang netizen @nfmr____ berkongsi pernah mempunyai seorang rakan warga Sabah yang tidak pulang ke Sabah selama tiga tahun akibat tiket penerbangan yang mahal.
Namun, ibunya tiba-tiba sakit teruk dan meninggal dunia. Yang lebih menyedihkan, dia tidak mampu untuk pulang ke rumah kerana tiket penerbangan yang terlalu mahal dan wangnya tidak mencukupi untuk membelinya.
Kerana simpati terhadapnya, rakan-rakannya bersetuju untuk bersama-sama mengumpul wang bagi membantu membiayai perjalanan pulang ke Sabah bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ibunya.

Seorang rakan yang baik
Tinjauan ruangan komen juga mendapati netizen terbabit memuji sifat baik rakan warga Sabahnya tersebut dan bersimpati dengan kejadian malang yang menimpa rakannya itu.
Meskipun mereka semua pada masa itu hanya bekerja sebagai intern, mereka sanggup membantu rakan mereka agar dapat kembali ke Sabah.


Perkongsian netizen itu undang sebak netizen tetapi ia juga mengingatkan kita tentang realiti yang menyedihkan bagi setiap warga Malaysia Timur yang hidup di perantauan.


