TLDM nilai 3 sistem peluru berpandu susulan Norway batalkan permit eksport - Dewan Rakyat dimaklumkan

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 10:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TLDM nilai 3 sistem peluru berpandu susulan Norway batalkan permit eksport - Dewan Rakyat dimaklumkan Image from: TLDM nilai 3 sistem peluru berpandu susulan Norway batalkan permit eksport - Dewan Rakyat dimaklumkan amree05/11/2026 - 10:50 Foto kredit Kongsberg Defence Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Nov – Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini di peringkat akhir menilai tiga pilihan sistem peluru berpandu permukaan ke permukaan bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), susulan pembatalan permit eksport sistem Naval Strike Missile (NSM) oleh kerajaan Norway.

 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketiga-tiga sistem berkenaan merupakan pilihan yang dikemukakan pihak TLDM sendiri bagi menggantikan sistem NSM dari negara Eropah tersebut yang sebelum ini dirancang untuk perolehan.

 

Beliau berkata, pemilihan sistem baharu itu akan mengambil kira keperluan operasi, kesesuaian dengan kapal, kos serta tempoh perolehan sebelum keputusan muktamad dibuat.

 

"Keputusan akhir akan dibuat setelah pilihan berkenaan dipersetujui dan perjanjian perolehan ditandatangani," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

 

Mohamed Khaled menjawab pertanyaan Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai tindakan susulan kerajaan selepas Norway membatalkan permit eksport NSM serta perkembangan pembinaan dan jadual penyerahan lima kapal tempur pesisir (LCS) TLDM.

 

Mengenai projek LCS, beliau berkata, kemajuan keseluruhan pembinaan lima kapal berkenaan mencapai 80.72% setakat 25 September 2026, berbanding sasaran 89.91%, sekali gus mencatatkan kelewatan sebanyak 9.19 mata peratusan.

 

kapal LCS_DagangNews2026

 

Menurutnya, kontraktor projek berkenaan iaitu Lumut Naval Shipyard (Lunas), sudah memberikan jaminan jadual penyerahan yang disemak semula bagi kelima-lima kapal tersebut.

 

"Kapal pertama dijadualkan dapat diserahkan kepada TLDM pada April 2027, diikuti LCS2 pada Ogos 2027 dan LCS3 pada Disember tahun sama," tegas Mohamed Khalid.

 

Sementara itu ujar beliau, LCS4 dijadualkan dapat diserahkan pada Ogos 2028, manakala LCS5 pada April 2029.

 

Tambahnya, kapal pertama, KD Maharaja Lela, kini menjalani ujian laut limbungan selepas menyelesaikan beberapa ujian penerimaan di pelabuhan bagi memastikan prestasi dan keupayaan sistem kapal berfungsi mengikut spesifikasi.

 

Fasa ujian laut itu akan mengesahkan prestasi keseluruhan sistem sebelum kapal berkenaan menjalani Ujian Penerimaan Laut (Sea Acceptance Trial) bersama TLDM. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved