TNB beri kerjasama bantu siasatan insiden renjatan elektrik

14 Oct 2026 • 11:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: TNB beri kerjasama bantu siasatan insiden renjatan elektrik

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menzahirkan rasa simpati terhadap tiga remaja lelaki yang cedera akibat terkena renjatan elektrik ketika menyertai perarakan keagamaan di Mergong, Alor Setar malam tadi.

Dalam satu kenyataan, TNB memaklumkan kejadian dipercayai berlaku apabila tiang bendera yang dibawa semasa perarakan menghampiri talian penghantaran elektrik voltan tinggi sehingga mencetuskan percikan arka elektrik.

Menurut kenyataan itu, TNB mendoakan agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan diberikan kesembuhan segera.

“TNB akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga remaja cedera selepas bendera yang dibawa ketika menyertai perarakan tokong sayur di Mergong terkena talian pencawang elektrik.

Susulan kejadian itu, TNB menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, termasuk memastikan objek tinggi seperti tiang bendera berada pada jarak selamat daripada talian elektrik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

The post TNB beri kerjasama bantu siasatan insiden renjatan elektrik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved