Tok Mat sedia pertahan Rantau, tunggu restu pucuk pimpinan BN

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 11:38 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

REMBAU – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan bersedia sekali lagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini, sekiranya mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti.

Pengerusi BN Negeri Sembilan itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang halangan untuk terus membawa cabaran parti di kerusi yang disandangnya sejak 2004

“Kalau dipersetujui oleh pucuk pimpinan saya tiada masalah,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di sini, pada Ahad.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau merupakan antara pemimpin kanan BN yang dijangka terus menjadi sandaran parti dalam menghadapi saingan PRN Negeri Sembilan.

Pada PRN 2023, beliau berjaya mempertahankan DUN Rantau dengan kemenangan selesa apabila memperoleh 16,957 undi, sekali gus menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Rozmal Malakan yang meraih 6,677 undi, memberikan majoriti sebanyak 10,280 undi.

Mohamad sebelum ini turut pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 2004 hingga 2018.

Mengulas spekulasi mengenai kemungkinan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dicalonkan pada PRN kali ini, Mohamad menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam parti setakat ini.

“Tak tahu pula saya, kita tiada perbincangan. Kalau ada itu kemudianlah. Tapi setakat ini tidak timbul perbincangan tentang perkara itu,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved