Tok Min sasar pelaburan RM30 bilion dalam lima tahun – “BN nak maju ke depan atau ke belakang?”

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 9:18 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mempersoalkan keupayaan Barisan Nasional (BN) merealisasikan pembangunan negeri apabila sasaran pelaburan yang ditawarkan dalam manifesto gabungan itu dilihat lebih rendah berbanding pencapaian semasa kerajaan negeri.

Image from: Tok Min sasar pelaburan RM30 bilion dalam lima tahun – “BN nak maju ke depan atau ke belakang?”

Foto: freemalaysiatoday

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata, janji BN untuk menarik pelaburan sebanyak RM30 bilion dalam tempoh lima tahun wajar dinilai berdasarkan rekod prestasi pentadbiran sedia ada yang berjaya mencatatkan nilai pelaburan lebih tinggi dalam tempoh yang lebih singkat.

Menurutnya, Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM19.1 bilion sepanjang 2025, selain memperoleh tambahan RM13 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Dalam tempoh setahun setengah kita sudah dapat angka yang hampir sama dengan apa yang mereka janjikan untuk lima tahun. Bayangkan.
“Mereka nak ke belakang atau ke depan? Apa yang mereka rancang sebenarnya untuk anak cucu kita?” katanya ketika berucap pada program ramah mesra bersama masyarakat India di Air Kuning, malam tadi.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, keupayaan sesebuah kerajaan sepatutnya diukur berdasarkan perancangan yang berjaya dilaksanakan serta pencapaian yang telah dibuktikan, bukan sekadar tawaran yang terkandung dalam manifesto pilihan raya.

Beliau turut mengulas kritikan terhadap usaha kerajaan negeri memperkukuh sektor pelancongan dengan mengetengahkan produk warisan Negeri Sembilan termasuk makanan tradisi dan destinasi rekreasi.

Image from: Tok Min sasar pelaburan RM30 bilion dalam lima tahun – “BN nak maju ke depan atau ke belakang?”

Menurutnya, pembangunan di kawasan seperti Kuala Pilah dan Jelebu dilaksanakan menerusi pendekatan yang mengekalkan identiti tempatan dengan memperkenalkan produk ekopelancongan serta kawasan rekreasi tanpa menjejaskan alam sekitar.

“Hari ini kita angkat makanan Negeri Sembilan, masak lemak cili api. Kita perkenalkan kepada satu dunia bahawa makanan ini hebat.
“Di Jelebu kita perkenalkan Hutan Simpan Kenaboi, kita bangunkan kawasan itu sebagai kawasan rekreasi. Hutan tidak perlu ditebang, hasil daripada hutan inilah yang menyumbang kepada hasil negeri,” jelasnya.

Artikel lain: ‘Negeri dah elok, undilah Harapan’ – Kor Ming pertahan rekod pentadbiran Tok Min

Beliau pada masa sama mendakwa pihak lawan lebih memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan kuasa berbanding mengemukakan pelan pembangunan yang jelas untuk negeri dan rakyat.

“Mereka hanya fikir perkara apa, saya tidak tahu. Mereka mahu kuasa saja pada hari ini,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Fahmi Tajuddin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved