“Saya lari minta tolong, tak sangka suami masih di dalam” – Norjah

28 Sep 2026 • 2:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: “Saya lari minta tolong, tak sangka suami masih di dalam” – Norjah

RAUB – “Saya lari ke tepi jalan minta tolong, tahan kereta, motosikal dan lori, tetapi tiada siapa berhenti,”.

Kata Norjah @ Rogayah Yahya, 78, selepas melihat api mula marak di rumahnya di Kampung Ajai, Kuala Dong di sini malam tadi.

Dalam keadaan kelam-kabut, wanita warga emas itu tidak menyedari suaminya, Abdul Hamid Jaafar, 80, masih berada di dalam rumah sehingga penduduk kampung tiba untuk membantu memadamkan kebakaran.

Norjah berkata, sebaik melihat api, dia terus keluar dari rumah dan berlari ke tepi jalan untuk mendapatkan bantuan.

“Saya nampak api sudah besar. Saya terus lari keluar ke jalan raya dan tahan kereta, motosikal dan lori yang lalu, tetapi tiada yang berhenti. Mujur ada seorang penduduk kampung lalu dan berhentikan kenderaan sebelum meminta bantuan daripada penduduk lain.

“Ketika itu saya tidak tahu suami masih di dalam rumah. Saya ingat dia sudah keluar,”katanya ketika ditemui di kediaman anaknya di sini, hari ini.

Norjah berkata, dia dan suaminya yang merupakan pesara tentera tinggal berdua di rumah berkenaan manakala anak-anaknya tinggal di luar kawasan.

Tambahnya, keadaan ketika itu berlaku begitu pantas dan hanya menyedari suaminya masih berada di dalam rumah selepas penduduk kampung tiba di lokasi dan mula membantu memadamkan kebakaran.

“Saya baru tahu suami masih di dalam selepas orang kampung datang. Masa itu api sudah besar dan saya tidak dapat buat apa-apa lagi.

“Suami pernah diserang angin ahmar pada hujung tahun lalu, namun masih mampu bergerak perlahan-lahan dan melakukan aktiviti harian dengan bantuan ahli keluarga lain, ” katanya dalam keadaan sebak.-KOSMO! ONLINE

 

The post “Saya lari minta tolong, tak sangka suami masih di dalam” – Norjah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved